27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pengorbanan, keupayaan pasukan SAR negara luar biasa – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN pencari dan penyelamat (SAR) Malaysia di Turkiye telah menzahirkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas melihat sendiri kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasiaan carilamat mangsa gempa bumi oleh pasukan SAR negara di kawasan tersebut.

Menurutnya, peluang itu adalah sempena pertemuan beliau dengan pasukan SARnegara di Nurdagi, Gaziantep hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah menzahirkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa.

“Pertemuan itu juga penuh dengan perkongsian pengalaman sewaktu operasi mereka,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Anwar lagi, sebelum berangkat ke Ankara bagi menemui rakan sejawat beliau iaitu Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, beliau sempat menitipkan pesanan kepada pasukan negara agar terus komited mencurahkan bakti serta mesti menjaga keselamatan sewaktu penugasan dan pengoperasian.

Terdahulu, Anwar berlepas ke Turkiye pada jam 11.10 malam semalam bagi menzahirkan sokongan moral kepada negara tersebut yang dilanda gempa bumi besar minggu lalu.

Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Ia adalah lawatan kerja satu hari yang turut membabitkan tinjauan ke kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep.

Anwar membuat keputusan untuk ke Turkiye selepas dihubungi Erdogan.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan