25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Gangguan air: 11 peratus kawasan masih belum pulih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMULIHAN bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang kelmarin telah mencapai 89 peratus sehingga jam 6 pagi tadi.

Air Selangor menerusi hantaran di Facebook berkata, tempoh pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Pemulihan itu membabitkan 369 kawasan di Petaling, diikuti Gombak (278), Hulu Selangor (30), Klang & Shah Alam (189), Kuala Langat (3) dan Kuala Selangor (168).

“Sehubungan itu, Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,”katanya.

Kelmarin, Lembaga Urus Air Selangor mengesan bau seperti diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang.

Insiden pencemaran itu mengakibatkan sejumlah 1,335 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Susulan itu empat loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) dihenti tugas. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan