24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

OIC perlu bantu negara Islam bangkit untuk pemulihan– Zambry

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mencadangkan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan dalam membantu negara-negara Islam yang baru keluar daripada kancah peperangan dan konflik dalaman dengan usaha pembangunan semula dan pemulihan negara-negara mereka.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

“Pelbagai isu telah kami bincangkan terutamanya isu kemaslahatan negara-negara anggota OIC. Saya menyatakan pentingnya OIC bersatu dan membawa suara Ummah kepada dunia.

“Saya juga telah mengenengahkan peranan OIC dalam membantu negara-negara Islam yang baru keluar daripada kancah peperangan dan konflik dalaman dengan usaha pembangunan semula dan pemulihan negara-negara mereka.

Advertisements

“Bagi mencapai tujuan ini, Malaysia telah mencadangkan agar OIC memanfaatkan sistem kewangan Islam, seperti zakat dan wakaf, untuk mobilisasi sosial selain mempertingkatkan keupayaan ekonomi mereka dalam tempoh pasca perang,”katanya dalam hantaran di Facebook beliau di sini.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kami turut berbincang secara mendalam mengenai usaha ASEAN untuk menangani isu pelarian Muslim Rohingya.

“Dalam hal ini, sokongan OIC adalah sangat penting bagi mencari penyelesaian yang holistik dan mampan untuk kemakmuran sejagat,”katanya.

Zambry kini dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi bermula semalam hingga Khamis ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan