27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM, Menteri KPM ucap selamat maju jaya calon SPM 2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 hari ini.

Beliau mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon-calon berkenaan akan memberikan kejayaan yang bermakna.

“Buat anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM, saya ucapkan selamat maju jaya dan mendoakan semoga usaha dan kegigihan kalian memberi kejayaan yang bermakna.

“Selamat menduduki peperiksaan SPM. Selamat maju jaya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPM 2022 dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar SPM yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

“Kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendoakan kejayaan para pelajar sekalian. Selamat maju jaya. Anda boleh lakukannya,” katanya.

Peperiksaan SPM 2022 dilaksanakan bermula hari ini hingga 15 Mac ini, membabitkan seramai 403,637 calon yang akan mendudukinya di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.

Seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan