Wednesday, July 22, 2026

Banjir kilat gara-gara longkang tersumbat di Desa Putra

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA jalan raya berhadapan detik-detik cemas apabila jalan raya di Desa Putra, Cyberjaya dilimpahi banjir kilat dalam kejadian petang tadi.

Ini susulan hujan lebat hampir satu jam menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter menyebabkan pengguna jalan raya terkandas kira-kira 30 minit.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, pihaknya menerima panggilan daripada pengguna jalan raya memaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.31 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dengan bantuan dari BBP Dengkil telah dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemantauan dan operasi menyelamat sekiranya perlu.

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati telah berlaku banjir kilat berkedalaman 0.2 meter sehingga mengakibatkan jalan raya kedua-dua arah tidak dapat dilalui kenderaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, air yang bertakung kemudiannya surut dengan sendiri dan lalu lintas kembali lancar kira-kira pukul 7.30 petang.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan laluan telah dibuka kembali untuk pengguna jalan raya,” katanya.

Sementara itu, polis Kuala Lumpur memaklumkan laluan tersebut ditutup sementara ekoran air naik akibat longkang tersumbat.

“Kerja-kerja pembersihan longkang sedang dijalankan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan