24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiga maut, motosikal bertembung lori

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi di Johor Bahru, petang tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohammad Shahril Abdullah, 38; Habsah Jailani, 41, dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal,  ketiga-tiga mangsa yang maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

“Sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi sebaik Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan pada pukul 4.47 petang.

Advertisements

“Setiba di tempat kejadian, kami dapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha LC dengan sebuah Lori Mitsubishi Fuso.

“Penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Bagaimanapun hubungan ketiga-tiga mangsa tidak dapat dipastikan,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun selamat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan