36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ujian mendengar BI SPM 2022: LPM nafi guna pempengaruh

Pelontar suara berwibawa dalam berbahasa Inggeris dan telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Peperiksaan Malaysia (LPM) menafikan dakwaan penggunaan pempengaruh sebagai pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, yang dijalankan pada 16 Februari lalu.

LPM dalam satu kenyataan  memaklumkan, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022.

“Sehubungan dengan itu, LPM yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh,” katanya hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, LPM akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin.

Sebelum ini, ribuan calon SPM didakwa tertekan apabila audio UMBI SPM 2022 Khamis lalu kerana sebutan percakapan tidak jelas.

Seorang calon SPM telah memuat naik video menconteng muka merujuk kepada pempengaruh yang didakwa dilantik LPM kerana tidak puas hati dengan cara pengendalian kertas berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan