28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 23, 2024

Lelaki menyamar polis, 3 rakan curi Honda Civic ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HELAH empat sekawan dengan salah seorangnya menyamar polis bagi memperdaya jurujual untuk keluar dari kenderaan lalu melarikan kenderaan tersebut akhirnya terbongkar.

Modus operandi yang digunakan mereka itu adalah bagi mencuri kenderaan untuk dijual.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kegiatan itu dikesan apabila polis menerima laporan dari seorang jurujual berusia 26 tahun yang didatangi suspek lelaki yang ingin memandu uji sebuah kenderaan jenis Honda Civic FK8 Type R berwarna hitam di Jalan Ampang Hilir, 15 Februari lalu.

Menurutnya, suspek yang memakai uniform lengkap seperti seorang anggota polis datang dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna putih dengan dipandu oleh seorang lagi individu lain. 

“Pada 12 tengah hari ketika memandu uji kenderaan, suspek meminta jurujual membelikan tambah nilai kad prabayar telefon di sebuah stesen minyak di Pandan Jaya sebelum melarikan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ujar Mohamad Farouk lagi, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM270,000.

Advertisements

“Pada 18 dan 25 Februari lalu, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Ampang Jaya telah melakukan beberapa tangkapan terhadap empat individu termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun di Selayang, Selangor serta Alor Star dan Jitra, Kedah. 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek merupakan penganggur, seorang adalah pekerja bengkel dan seorang lagi penjaja makanan.

“Pihak polis turut merampas sebuah Myvi, kereta Honda Kh8 serta kunci dan peralatan kenderaan yang dibuka, sepasang uniform operasi polis, beberapa telefon bimbit dan peralatan lain untuk membantu siasatan.

“Kesemua tangkapan kini direman sehingga Selasa depan untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mana mungkin saya berkomplot khianati parti UMNO – Nizar Najib

"MANA mungkin saya akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarga saya perjuangkan bersama-sama orang UMNO yang lain sejak ia...

Lagi Artikel Berkaitan