27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pembantu Tabika Kemas terima elaun RM800, Mac ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBANTU Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerima kenaikan elaun kepada RM800 sebulan bermula Mac ini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 9,439 kakitangan PPMS tersebut menerima kenaikan elaun tersebut setelah kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta pada pembentangan Belanjawan 2023, semalam.

Menurutnya, kakitangan tersebut sebelum ini menerima elaun sebanyak RM500 sebulan

“Peruntukan tambahan keseluruhan yang dimohon oleh Kemas melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM86.6 pada Belanjawan 2023 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 semalam,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syria di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun, Terengganu, hari ini.

Advertisements

Bayaran elaun PPMS itu bermula pada tahun 2011 yang melibatkan bayaran sebanyak RM400 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 sebulan pada tahun 2017.

Ahmad Zahid memberitahu, keputusan menaikkan elaun PPMS itu menunjukkan kerajaan menghargai jasa, sumbangan dan tenaga anggota Kemas tersebut.

Dalam majlis itu, Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa menyerahkan sumbangan sebanyak RM101,900 kepada wakil Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syaria Kementerian Luar Negeri, Jamal Sharifuddin Johan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan