26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Belanjawan 2023 komited jaga kemakmuran rakyat – Aaron

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BELANJAWAN 2023 menjadi bukti komitmen Kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, belanjawan yang dibentangkan itu juga adalah selaras dengan prinsip MADANI yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menurutnya, Belanjawan 2023 juga telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi menjamin keharmonian dan perpaduan melalui Ikhtiar 11.

“Antara inisiatif tersebut adalah RM50 juta diperuntukkan bagi menggerak pelbagai program perpaduan dan integrai nasional antaranya Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan Ini Warisan Kita.

“RM50 juta disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan islam seluruh negara serta geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan yang berteraskan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu menurut beliau, dana RM25 juta disalurkan bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.

Advertisements

Malah ujar beliau,  Kerajaan juga menyalurkan RM20 juta bagi program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum.

“Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan anak-anak di sekolah, Kerajaan bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia.

Menurut beliau, KPN komited dalam membantu Kerajaan mencapai hasrat Belanjawan 2023.

“Dalam konteks ini, KPN percaya peruntukan yang diluluskan kepada KPN adalah responsif, bertanggungjawab, serta signifikan kepada bukan sahaja pemegang taruh KPN, malah juga komuniti dan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan