30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Samseng jalanan tular ‘mabuk’ tahan bas kena cekup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA samseng jalanan yang tular menahan sebuah bas henti-henti di Taman Puteri, Kulai, Johor, berjaya dicekup polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki berusia 32 dan 42 tahun ditahan kira-kira pukul 9 pagi susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit pukul 10.11 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku pada pukul 8.15 pagi ketika pemandu bas henti-henti yang berusia 31 tahun sedang memandu di Taman Puteri.

“Pemandu bas melihat sebuah kereta BMW hitam berhenti di tengah jalan dan seakan-akan memberi jalan kepadanya yang ketika itu sedang keluar dari jalan berkenaan.

“Kereta dinaiki suspek memotong dan berhenti di hadapan bas berkenaan. Seorang suspek memarahi mangsa dengan menghentak beberapa kali dinding bas menggunakan tangannya.

“Manakala seorang lagi rakannya menghampiri mangsa dengan memegang cermin sisi kanan bas dan cuba merosakkannya namun mangsa sempat bergerak meneruskan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar  Beng Yeow, pemandu bas percaya kedua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, suspek kemudian mengekori bas dari terminal bas Kulai sehingga ke Jalan Batu 21 Kulai Besar.

“Suspek masih bertindak memarahi mangsa namun dia kekal berdiam di dalam bas bimbang keselamatan diri terancam,” katanya.

Menurutnya, polis akan memohon reman ke atas suspek esok bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan