32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kawasan lombong pasir diserbu, bongkar seleweng diesel bersubsidi

Hasil pemeriksaan di premis berkenaan pihaknya menemukan sembilan tong drum berisi minyak disyaki diesel dengan anggaran sebanyak 1,800 liter.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membuat serbuan ke atas sebuah premis di kawasan perlombongan pasir di Chenderiang, semalam selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi diesel.

Serbuan yang dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak kira-kira jam 4.30 petang itu hasil risikan selama seminggu di beberapa stesen minyak termasuk di Tapah dan Kampar.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan pihaknya menemukan sembilan tong drum berisi minyak disyaki diesel dengan anggaran sebanyak 1,800 liter.

“Siasatan lanjut mendapati minyak diesel itu disyaki diperolehi daripada aktiviti pembelian minyak diesel bersubsidi menggunakan lori melalui tangki asal di stesen minyak yang berdekatan secara berulang kali, dan kemudiannya dipindahkan ke tong drum untuk dikumpulkan dan digunakan oleh jentera bagi industri perlombongan pasir.

“Hasil siasatan lanjut juga mendapati premis itu telah beroperasi tanpa sebarang lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan minyak diesel.

“Sehubungan itu, KPDN Negeri Perak telah bertindak dengan menyita sebanyak 1,800 liter minyak disyaki diesel dengan anggaran bernilai RM4,820,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Katanya, ketika serbuan pihaknya telah mengambil keterangan daripada seorang wanita berusia 40 tahun disyaki pemilik syarikat dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Sementara itu, Kamalludin menjelaskan kerajaan hanya membenarkan pembelian maksima 250 liter minyak diesel atau petrol dalam sehari melalui satu transaksi ke atas tangki lori.

“Manakala bagi syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, untuk melayakkan membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri bagi pembelian melebihi 20 liter.

“Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, beliau memohon kerjasama masyarakat untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan