28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

HPU, KPT serah ubatan bantu bencana gempa Turkiye-Syria

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJAJAR dengan nilai “Ihsan” yang digariskan dalam kerangka Malaysia MADANI, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Hospital Pengajar Universiti (HPU) telah menyumbangkan bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan mangsa bencana gempa bumi Turkiye-Syria.

KPT menerusi kenyataan berkata, sebanyak tujuh buah Hospital Pengajar Universiti (HPU) telah membuat sumbangan bekalan perubatan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria hari ini.

HPU yang terlibat adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) UIAM, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM dan Hospital Pengajar UPM (HPUPM).

“Bekalan yang disumbangkan melalui Malaysian Medical Relief Society (MERCY) itu adalah berdasarkan senarai keperluan ubatan yang dipohon oleh Kerajaan Turkiye yang terdiri daripada 112 jenis ubat bernilai hampir RM122,000.

“Selain itu, KPT melalui PPUM dan HCTM UKM telah menghantar tiga orang pegawai perubatan bagi menyertai MERCY Malaysia dan sedang mengumpulkan sejumlah sukarelawan perubatan serta bukan perubatan untuk menyertai misi kemanusiaan Turkiye-Syria,” menurut kenyatan itu.

Majlis serahan telah dilakukan antara Pengerusi Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia mewakili HPU, Prof. Dr. Nazirah Hasnan dan Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus.

Serahan bekalan ubat-ubatan tersebut oleh HPU kepada MERCY Malaysia disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Hadir sama menyaksikan penyerahan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Husaini Omar. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan