27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Demam denggi catat peningkatan minggu lepas

Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, berbanding 1,967 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 182 kes.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ketujuh 2023 iaitu pada 12-18 Februari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, berbanding 1,967 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah sebanyak 15,243 kes berbanding 4,950 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 10,293 atau 207.9 peratus.

“Sebanyak 13 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding satu kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebanyak 79 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu tersebut berbanding 86 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 53 berada di Selangor, Sabah (20), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat) serta Pulau Pinang (dua).

Katanya, survelan Chikungunya merekodkan sebanyak lapan kes pada minggu ketujuh dengan empat kes di Pulau Pinang, tiga kes di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, menjadikan kumulatif kes setakat ini 94.

Dr Noor Hisham berkata, bagi survelan Zika, sebanyak 328 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan dan kesemuanya negatif.

“Sehubungan dengan itu, KKM mengingatkan orang ramai agar tidak alpa dengan waktu puncak gigitan nyamuk Aedes, iaitu 6 hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam, terutama dalam cuti sekolah ini yang sering diadakan aktiviti berkumpul, beriadah dan kegiatan rekreasi.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami gejala demam denggi iaitu demam tinggi secara tiba-tiba, sakit otot atau sendi, sakit kepala dan sakit pada belakang mata, serta segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda bahaya seperti muntah, cirit-birit atau pendarahan,”katanya. – BERNAMA

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan