24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Demam denggi meningkat pada ME36, 2,284 kes dicatatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes demam denggi mengalami peningkatan sebanyak 360 kes atau 18.7 peratus iaitu 2,284 kes pada Minggu Epidemiologi ke-36 (ME36), bagi tempoh 3 hingga 9 September berbanding 1,924 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dalam tempoh tersebut, dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah 82,485 kes berbanding 39,188 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 43,297 kes atau 110.5 peratus.

“Sejumlah 59 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama tahun lepas,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 66 lokaliti ‘hotspot’ dilaporkan pada ME36 yang mencatatkan penurunan berbanding 83 pada minggu sebelumnya.

“Ia membabitkan 47 lokaliti di Selangor, 13 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Kelantan serta masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang dan Perak.

Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata, tiga kes direkodkan pada ME36 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 166 kes.

Bagi survelan zika pula, beliau berkata 2,114 sampel darah serta 167 sampel urin disaring dan hasilnya kesemuanya adalah negatif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan