34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Dashcam FineVu, Akeeyo terima penarafan bintang CamScore

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA model kamera papan pemuka (dashcam) jenama FineVu dan satu daripada Akeeyo menerima penarafan bintang menerusi Program Penilaian Kamera Papan Pemuka (CamScore).

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) berkata, model yang menerima penilaian terkini bagi FineVu ialah model GX 300 dan GX1000 sementara bagi Akeeyo, model AKY-D10 diberikan penarafan.

Miros berkata, tiga model dashcam itu telah memenuhi keperluan penilaian dan berjaya mendapat penarafan bintang.

Dashcam FineVu model GX1000

“Bagi model GX 300 dan GX 1000 di bawah jenama FineVu mendapat keputusan lima bintang dengan kedua-duanya mencatat skor yang sama iaitu 4.51 daripada markah keseluruhan 5.

“Model AKY-D10 pula di bawah jenama Akeyo mendapat keputusan empat bintang dengan mencatat skor 4.10,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements
Dashcam Akeeyo model D10 turut mendapat penarafan CamScore. – Edisi9

CamScore diperkenalkan Miros dan Cybersecurtiy Malaysia (CSM) pada November 202 bagi membantu pengguna memilih dashcam untuk kenderaan mereka.

Penilaian CamScore digariskan dari aspek spesifikasi dashcam melalui tiga ciri iaitu ciri asas (basic features), ciri termaju (advanced features), serta ciri bantuan pemanduan (Advanced Driving Assistance System – ADAS).

Penasihat Bersama Projek MIROS-CSM, Ts. Zulhaidi Mohd. Jawi berkata, CamScore adalah kesinambungan pelbagai program penarafan yang telah dibangunkan Miros termasuk penilaian kenderaan melalui ASEAN CAP.

“Ini merupakan inisiatif MIROS dan CSM untuk memastikan pengguna mempunyai panduan dalam membuat keputusan untuk membeli dan memiliki dashcam yang sesuai”, katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan