24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Tiada pelaporan kes strok bagi vaksin Comirnaty Bivalent

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 dalam kajian klinikal yang dijalankan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat itu berdasarkan data yang dikemukakan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh syarikat pemegang pendaftaran produk, Pfizer Sdn. Bhd.

Menurut beliau, memandangkan vaksin tersebut telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Disember lalu, pihak syarikat mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi.

“Seperti makluman umum, vaksin ini belum digunakan di Malaysia. NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara-negara rujukan mengenai vaksin bivalent ini dan akan terus memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr. Noor Hisham mengulas mengenai laporan Reuters pada 15 Januari lalu yang bertajuk U.S. FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent COVID shot link to stroke.

Beliau menjelaskan, mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan kali ke-379 yang bersidang pada 13 Disember lalu telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID -19 Comirnaty Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection dari pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH dari Jerman.

Baca juga:   11,339 pesakit COVID-19 aktif diwad, 324 kematian

Dr. Noor Hisham memberitahu, maklumat daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tersebut merupakan pemakluman berkenaan satu petunjuk keselamatan yang telah dikesan daripada salah satu pangkalan data pemantauan keselamatan iaitu Rangkaian Data Keselamatan Vaksin (VSD).

Baca juga:   11,339 pesakit COVID-19 aktif diwad, 324 kematian

Beliau menambah, semua petunjuk keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan.

Namun, setakat ini tiada petunjuk keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemantauan keselamatan di Amerika Syarikat (contohnya Sistem Pelaporan Kesan Buruk Vaksin (VAERS), iaitu susulan penggunaan vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19.

“Analisis lanjut juga tidak mengesahkan petunjuk keselamatan tersebut. Pemantauan keselamatan vaksin COVID-19 di negara-negara rujukan yang lain juga tidak mengesan isu keselamatan ini,”kata beliau. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan