25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Ahmad Zahid komited martabatkan Institusi Huffaz

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi komitmen yang tinggi bagi memartabatkan Institusi Huffaz.

Perkara demikian dinyatakan di dalam pertemuannya bersama Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) diketuai Presidennya Ustaz Mohd Zahid Mahmood al-Hafiz di Yayasan al-Falah, Kajang.

“Perbincangan santai berkisar topik memartabatkan Institusi Huffaz dalam memacu pembangunan dan masa depan negara yang lebih maju selari dengan usaha memperkasakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, turut dibincangkan cadangan PINTA untuk menganjurkan program Himpunan 23K Huffaz Malaysia yang akan diadakan sekitar bulan Mac nanti.

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang diperkenalkan sejak tahun 2016 menggariskan lima teras utama iaitu memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan, mewujudkan model institusi tahfiz dan mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana.

Baca juga:   Pengeluaran khas KWSP: Tuduhan UMNO menghasut tidak benar

Selain itu, memperkasakan tadbir urus institusi tahfiz dan mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Program pembangunan luar bandar harus relevan, tidak bertindih

KERAJAAN perlu meneliti keberkesanan semua program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan ia relevan dan menepati...

Lagi Artikel Berkaitan