30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEKAD untuk tidak lagi tersepit dengan hubungan yang tidak berkesudahan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, meminta suaminya, Syamsul Yusof agar melepaskannya.

Bahkan, dalam mesej yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Puteri Sarah juga menegaskan, tujuan dia meminta dilepaskan adalah kerana tidak rela dimadukan.

Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better,” tulis Puteri Sarah dalam hantaran mengiringi gambar dia dan dua anaknya, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4, hasil pernikahan dengan Syamsul.

Sarah dalam hantaran itu mendakwa, Syamsul masih menyekatnya untuk mereka berhubung secara langsung, selain gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Perkongsian terbaharu Puteri Sarah itu mengejutkan banyak pihak dan menerima pelbagai maklum balas terhadap kontroversi rumah tangganya bersama Pengarah filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Syamsul, 39, mendapat perhatian sejak Jumaat lalu apabila dia mengaku memadukan Puteri Sarah, 37, dengan menikahi pelakon Ira Kazar, 28, yang sebelum ini pernah dikaitkan sebagai kekasihnya.

Syamsul mengakui, dia dan Ira berkahwin secara sah di negara jiran, Thailand dengan berwalikan bapa mentuanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan