29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

TH akan utamakan bakal jemaah giliran tunai haji 2020

Keutamaan diberikan kepada bakal jemaah yang masih menunggu giliran mereka disebabkan pandemik COVID-19.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TABUNG Haji (TH) akan mengutamakan bakal jemaah haji giliran tunai haji pada 2020 terlebih dahulu, diikuti 2021 dan 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, keutamaan diberikan kepada bakal jemaah yang masih menunggu giliran mereka disebabkan pandemik COVID-19, sebelum diikuti dengan bakal haji giliran 2023.

“Sehubungan dengan itu, surat tawaran tunai haji akan dikeluarkan tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Sambil menyambut baik keputusan kerajaan Arab Saudi memberi kuota penuh 31,600 kepada Malaysia untuk musim haji tahun ini, beliau berkata, langkah diambil TH itu adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

“TH sudah mula membuat persiapan awal sebaik sahaja tamat operasi musim lalu untuk membuat beberapa penambahbaikan bagi mengekalkan mutu perkhidmatan dan memastikan keselamatan dan kesihatan jemaah sentiasa terjamin.

“Rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI juga akan dibuka dan tarikhnya akan diumumkan oleh TH dalam masa terdekat.

“Pemilihan rayuan haji ini adalah berpandukan kriteria tertentu dengan rayuan mahram akan diberikan keutamaan,” katanya.

Dalam pada sama, beliau juga menasihatkan semua bakal jemaah haji untuk menghadiri kursus asas haji sebagai persediaan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di Tanah Suci.

Amrin berkata, kursus asas haji TH dijalankan selama 13 minggu bermula 25 November 2022 sehingga 17 Februari 2023.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan