31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemerkasaan industri Malaysia-Indonesia, impak kepada rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMERKASAAN industri yang berterusan dan seiring dengan permintaan di peringkat global amat penting bagi melonjak ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan usahasama Malaysia-Indonesia, ekosistem perindustrian kedua-dua negara akan dapat memberikan impak langsung yang positif kepada rakyat.

“Saya berharap kerjasama antara Malaysia-Indonesia dapat terus dieratkan lagi, lebih-lebih lagi dalam meneroka peluang baharu buat ekonomi kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya iaitu Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita dalam lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

“Hari ketiga lawatan kerja rasmi dimulakan dengan perbincangan bersama rakan sejawat saya di Indonesia iaitu Bapak Agus Gumiwang Kartasasmita, Menteri Perindustrian, di pejabat beliau.

Advertisements

“Sebagai rakan sejawat, pastinya perbincangan kami adalah mengenai prestasi industri-industri di Malaysia dan Indonesia, serta langkah-langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan perindustrian Malaysia-Indonesia.

“Terima kasih Bapak Agus dan pihak Kementerian atas kesudian menerima kami,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2022 bakal berkembang lebih 30 peratus berbanding 2021.

“Ia berikutan peningkatan aliran perdagangan dua hala bagi barangan dan perkhidmatan selepas pembukaan semula sepenuhnya sempadan kedua-dua negara pada tahun lalu.

Tengku Zafrul berkata, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Indonesia, MITI dan agensi-agensinya yang berkaitan telah menyatakan komitmen untuk terus berusaha bagi mengembangkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan Indonesia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan