28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Sindiket pemerdagangan haiwan lumpuh, rampasan RM64.77 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan beberapa sindiket pemerdagangan haiwan menerusi 35 serbuan di seluruh negara bermula 1 hingga 20 Januari.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, BIRO Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) di bawah kelolaan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman membuat rampasan keseluruhan berjumlah RM64.77 juta sepanjang tempoh terbabit.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, pihak polis telah menahan seramai 88 individu yang terdiri daripada 73 warga tempatan dan 15 warga asing menerusi 35 operasi di seluruh negara.

“Operasi dijalankan berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan bernilai RM42.87 juta, dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 nilai rampasan RM1.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorsihah berkata, operasi terbabit turut dijalankan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 dengan nilai rampasan RM7.72 juta, Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM10.76 juta), Akta Racun 1952 (RM2.2 juta) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan (RM5,200).

Baca juga:   Lebih 380 jemaah haji terkandas di KLIA

Ogos lalu, media melaporkan, sebanyak 50 perjawatan baharu ditubuhkan untuk ditugaskan di bawah WCB yang berpusat di Bukit Aman.

Perjawatan berkenaan dilaporkan telah mendapatkan kelulusan pihak kerajaan pada pertengahan Julai tahun lalu dalam usaha memerangi jenayah berkaitan hidupan liar khususnya pemburu haram dan mereka yang menjalankan perdagangan spesis terancam.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Perodua maksimumkan pengeluaran dan pendaftaran pada 2023

PERODUA berusaha untuk memaksimumkan jumlah pengeluarannya kepada 330,000 unit dan jualan kepada 314,000 unit tahun ini, disokong oleh tempahan...

Lagi Artikel Berkaitan