Thursday, July 23, 2026

Pasukan perubatan Sultan Johor bantu mangsa kemalangan

Pasukan tersebut terdiri daripada anggota paramedik dan juruteknik perubatan kecemasan dalam perjalanan ke Istana Pasir Pelangi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru bernasib baik apabila pasukan perubatan peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui kawasan kejadian, petang semalam.

Ekoran itu semua mangsa terbabit diberikan rawatan kecemasan dengan segera oleh pasukan tersebut terdiri daripada anggota paramedik dan juruteknik perubatan kecemasan yang dalam perjalanan ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Menurut pengendali Facebook Sultan Ibrahim, ambulans peribadi baginda dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Katanya, selain itu mereka juga mempunyai peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya.

“Sebaik sahaja melihat kemalangan itu, pasukan perubatan Sultan Johor dengan segera memberikan rawatan kecemasan awal kepada mangsa-mangsa.

Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan susulan dengan ambulans serta pacuan empat roda pasukan perubatan peribadi baginda,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan