27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Banjir: Enam PPS dibuka di dua daerah di Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENAM pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di Johor iaitu di Segamat dan Kota Tinggi ekoran banjir kilat yang melanda susulan hujan lebat berterusan di negeri itu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, data yang diperoleh dari Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia itu adalah sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut data itu, terdapat enam perkampungan dari dua daerah telah dibuka PPS dengan jumlah mangsa seramai 245 orang dari 60 buah keluarga.

Di Segamat antara Kampung yang terjejas ialah Kampung Jabi, Kampung Pekan Air Panas, Kampung Sungai Gatom Labis, dan Kampung Orang Asli Segamat Kechil.

Manakala di Kota Tinggi pula ialah Kampung Baru Sungai Mas dan Kampung Muhibbah, Tanjung Serindit.

Antara PPS yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Jabi, Segamat; Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; dan Balairaya Kampung Segamat Kechil.

Terdahulu, menerusi laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, satu PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, di Labis, Segamat, Johor pada pukul 8.00 pagi tadi.

Advertisements

Ini susulan kejadian banjir kilat di Kampung Paya Merah Lama.

Menerusi laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, PPS tersebut menempatkan 413 penduduk terjejas daripada 119 keluarga, termasuk 39 warga emas dan 16 Orang Kurang Upaya (OKU).

Banjir kilat juga berlaku di beberapa lokasi, antaranya Kampung Pekan Air Panas; Segamat dan Kampung Baru Sungai Mas; Kota Tinggi.

Sementara itu mengikut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, 10 buah rumah terkesan akibat banjir kilat di Daerah Kluang, setakat pukul 11.00 pagi tadi, susulan Monsun Timur Laut.

Kawasan terlibat adalah Lorong Sungai; Kampung Tengah Dalam, dan Jalan Sawi; Yap Tau Sah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan