34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rosakkan kereta mewah selepas dimarahi kerana bising

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA dimarahi ahli keluarga sendiri kerana bising, sepasang kekasih tergamak merosakkan kenderaan mewah jenis Mercedes Benz A200 di Taman Lembah Jaya di Ampang Jaya, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, kedua-dua suspek berusia 45 tahun yang berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising datang ke rumah kakak seorang daripada mereka sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, ketika berada di rumah itu kedua-dua suspek dimarahi seorang lelaki yang juga abang ipar kepada kakak suspek.

“Mungkin sebab rasa sakit hati akibat dimarahi ketika berkunjung ke rumah kakaknya, pasangan kekasih itu bertindak membocorkan tayar dan memecahkan lampu kenderaan milik mangsa.

“Mangsa menyedari kereta Mercedes Benz A200 miliknya dirosakkan dengan keempat tayar dibocorkan, lampu bahagian belakang dipecahkan serta keseluruhan kereta mempunyai kesan calar,” katanya hari ini.

Ujar Mohamad Farouk, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pasangan itu dikesan melakukan perbuatan khianat berkenaan.

“Susulan itu kedua-dua suspek ditahan pukul 11 malam tadi di Taman Lembah Maju bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas objek yang digunakan oleh suspek untuk melakukan perbuatan khianat iaitu pemutar skru dan kunci kereta,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis Benzo dengan suspek lelaki mempunyai tiga rekod jenayah lalu, manakala suspek wanita mempunyai satu rekod jenayah.

“Punca kejadian dipercayai bermotifkan rasa tidak puas hati dengan pengadu yang memarahinya. Kedua-dua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan