28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM adakan lawatan ke Brunei esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melakukan kunjungan hormat selama dua hari ke Brunei bermula esok.

Ini adalah lawatan rasmi luar negara beliau yang kedua sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sekitar jam 3.30 petang esok.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Anwar seterusnya dijadual menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada sebelah petang.

Beliau dalam masa sama juga akan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada hari kedua lawatan.

Dalam rangka lawatan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan langkah untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala antara negara serta rancangan kerjasama masa hadapan.

Ini termasuk dalam sektor perdagangan yang mana kedua pemimpin bakal menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Perdagangan Brunei (BIA).

Pertemuan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala serta meneroka peluang kerjasama baharu di dalam bidang berkepentingan bersama,” memetik kenyataan Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada hari ini.

Pertemuan itu akan disusuli majlis persantapan diraja yang diketuai Sultan Hassanal.

Perdana Menteri dijangka disertai isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Zambry. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan