25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop siap menjelang April

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBINAAN jambatan menghubungkan Bagan Datuk dan Kampung Sejagop di Perak yang tertangguh sebelum ini dijangka siap menjelang April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek sepanjang 10.5 kilometer dengan nilai kira-kira RM406 juta yang mula dibina pada akhir 2016 itu sepatutnya siap pada Oktober 2020 lepas.

Bagaimanapun menurutnya, berlaku kelewatan atas beberapa faktor terutamanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kenaikan kos bahan binaan selain masalah pekerja di tapak pembinaan.

“Projek ini sudah mencapai 97 peratus siap. Kita harap projek ini siap sepenuhnya dan boleh digunakan selewatnya 20 April depan iaitu satu atau dua hari sebelum Aidilfitri.

“Ini adalah projek ikonik untuk Perak dan siapnya jambatan ini bukan sahaja untuk penduduk Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk tetapi penduduk Manjung dan seluruh Perak untuk ke Kuala Lumpur,” katanya selepas melakukan lawatan ke tapak pembinaan projek jambatan tersebut hari ini.

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, selain dapat memendekkan masa perjalanan untuk ke Kuala Lumpur, pembinaan jambatan itu juga akan memberi kesan jangka panjang bagi pembangunan kawasan sekitar apabila dapat menarik pelabur dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya sudah pun mengadakan beberapa perbincangan untuk membina beberapa kilang yang dapat menyediakan sekurang-kurangnya 4,000 ke 10,000 peluang pekerjaan baharu sehingga tahun 2030.

“Ini secara tidak langsung menggalakkan pembangunan premis komersial, perumahan dan yang lain berpunca daripada kuasa beli yang ada pada pekerja-pekerja tersebut,” katanya.

Untuk rekod, pembinaan jambatan berkenaan mendapat peruntukan kerajaan pusat melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Jambatan itu sekaligus akan memendekkan jarak perjalanan dari daerah Bagan Datuk ke Perak Tengah iaitu dari 50 kilometer (km) kepada 10.2km.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan