30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Piala AFF: Harimau Malaya tewas di tangan juara bertahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

IMPIAN Harimau Malaya untuk mara ke final Piala AFF 2022 lebur apabila tewas kepada juara bertahan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Kemenangan 3-0 di laman sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Alexandre Polking mara menerusi agregat 3-1 sekali gus menempah pertemuan dengan Vietnam bagi perebutan gelaran ‘Raja ASEAN’.

Malaysia seolah-olah gagal mengulangi corak pertahanan kemas seperti ditunjukkan menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Gawang gol Malaysia digegarkan pemain Thailand seawal minit ke-19 melalui tandukan kencang Teerasil Dangda hasil hantaran bola dari kanan padang sekali gus menundukkan penjaga gol negara, Syihan Hazmi.

10 minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, Bordin Phala meletakkan Thailand berada di depan melalui tendangan kencang kaki kanan dari tengah kawasan penalti.

Baca juga:   Anda boleh 'serang' saya, bukan pemain - Pan Gon

Impian Malaysia untuk mara ke final kian malap apabila Thailand menambah gol ketiga pada minit ke-71 menerusi pemain gantian, Adisak Kraisorn untuk agregat 3-1 buat tuan rumah.

Kemenangan itu membawa Thailand bertemu Vietnam dalam perlawanan akhir pada 13 dan 16 Jan ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Banjir: PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi...

Lagi Artikel Berkaitan