24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Peperiksaan STAM 2022 dilaksanakan bermula 16 Januari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEPERIKSAAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 akan dilaksanakan pada 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari serta 2 Februari depan melibatkan seramai 4,634 orang calon yang telah berdaftar.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan berkata, peperiksaan STAM tahun 2022 itu akan dijalankan di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

“KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Advertisements

“Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” katanya.

KPM berkata, calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM tahun 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan