36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Menara Merdeka 118: PNBMV tingkat kawalan keselamatan

Penceroboh terbabit sudahpun ditahan pada hari kejadian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PNB Merdeka Ventures) akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di menara Merdeka 118, di sini, susulan terdapat satu lagi rakaman video tular bangunan berkenaan diceroboh sekumpulan lelaki, baru-baru ini.

PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan insiden itu berlaku pada 1 Mei tahun lalu.

“Penceroboh terbabit sudahpun ditahan pada hari kejadian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,”katanya.

PNB Merdeka Ventures berkata, aksi itu menyalahi undang-undang dan berbahaya sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja-pekerja di tapak pembangunan.

“Sesiapa yang didapati bersalah atas perbuatan ini akan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram.

“Sungguhpun begitu, kami ingin menekankan bahawa tapak Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan kami,”katanya.

Edisi 9 sebelum ini melaporkan Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh oleh kumpulan warga asing yang beraninya berkongsikan perbuatan terbabit di dalam satu video di media sosial.

Video pencerobohan berdurasi lebih 7 minit yang dimuat naik pada 30 Disember 2022 di akaun YouTube, Driftershoots, menunjukkan bagaimana kumpulan yang terdiri daripada empat orang itu dapat menyelinap masuk ke bangunan berkenaan.

Sebelum ini, pasangan Russia, Angela Nikolau dan Ivan Beerkus turut menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia susulan kejayaan mereka menceroboh dan menawan bangunan kedua tertinggi di dunia itu, bulan lalu. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan