Saturday, June 13, 2026

LUAS berjaya sekat sisa minyak elak LRA henti tugas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menghalang pencemaran sisa minyak susulan kebakaran sebuah lori muatan besi terpakai di persimpangan Bandar Serenia, Sepang, berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi.

LUAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya bergegas ke lokasi insiden selepas menerima laporan membabitkan insiden tersebut yang berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi.

Katanya, satu beg Activated Carbon (AC) kemudiannya telah diletakkan di dalam aliran longkang tersebut bagi mengelakkan sisa minyak memasuki takungan berdekatan dan seterusnya masuk ke sungai berhampiran.

Dalam masa sama, pihak PLUS telah menaburkan habuk kayu bagi tujuan kawalan pencemaran di tapak.

“Hasil semakan LUAS mendapati terdapat sedikit tumpahan minyak yang telah memasuki aliran longkang berdekatan namun tiada risiko henti tugas LRA Bukit Tampoi,” katanya.

Jelas LUAS, pemantauan rapi akan terus dilaksanakan pihaknya di lokasi pencemaran sebagai langkah kesiapsiagaan mitigasi pencegahan segera sekiranya terdapat lagi penemuan saki baki kesan pencemaran di lokasi tersebut. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan