26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Anwar terima ucapan tahniah daripada Presiden AS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar menerusi media sosialnya dan turut memuat naik sepucuk surat yang dikeluarkan Rumah Putih.

Anwar berkata, Biden turut memuji demokrasi Malaysia pada pilihan raya itu dan menyatakan ia memberi inspirasi kepada banyak pihak lain.

Dalam surat yang ditandatangani Biden, Presiden AS itu berkata, ketika demokrasi di dunia berdepan cabaran, pilihan raya di negara ini mempamerkan keutuhan demokrasi.

Beliau juga berkata, dedikasi Anwar terhadap perkhidmatan awam akan membantu keamanan dan kemakmuran rantau ini.

“Biden menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis iklim dan keselamatan tenaga.

“Saya tidak sabar untuk bekerja rapat dengan beliau bagi faedah bersama rakyat kita,” katanya.

Baca juga:   Pembangunan diteruskan, namun tak abai rakyat bawahan - PM

Dalam surat itu, Biden turut menyatakan, hubungan antara Malaysia dan AS dibina atas asas ekonomi, keselamatan serta hubungan antara manusia yang kuat, yang turut membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Indo Pasifik.

Beliau turut memberi jaminan untuk mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara, termasuk membina pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan rantaian pengedaran yang berdaya tahan menerusi Kerangka Kerja Ekonomi Indo Pasifik. – BERNAMA

Baca juga:   Rapid Rail kenal pasti punca gangguan komponen elektronik

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan