26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki maut malam Tahun Baharu Cina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut pada malam Tahun Baharu Cina selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Jee Foh Utama, di Miri, Sarawak, malam tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa

Lim Tze Kiat, 37, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya menerima maklum kejadian pada pukul 11.58 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Miri Sentral di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa yang memandu kereta Honda Accord cedera dan sudah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

“Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dari kereta dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan