25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki cedera, kereta terbabas dan terbalik di Plus arah Ipoh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke Ipoh, petang tadi.

Difahamkan, mangsa dikenali Wan Noorazrimi Ludin berusia 44 tahun itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta bersama isterinya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.59 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Setiba dilokasi, pihak bomba mendapati kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta dalam keadaan separa sedar dan dipercayai mengalami kecederaan dalaman.

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. Manakala isterinya pula bertindak keluar sendiri dan tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini.

Norazam berkata, pihak bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu kemudian dihantar ke Hospital Slim River dengan menaiki ambulans. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan