25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kerajaan perlu segera sekat, ancaman varian baharu COVID-19

Negara-negara lain sudah mula mengambil tindakan pencegahan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN digesa mengambil pengajaran daripada kesilapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Febuari 2020 yang lambat menyekat kemasukan pelancong daripada negara berisiko.

Ketua ARMADA Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata kesilapan kerajaan ketika itu mengakibatkan kematian ribuan rakyat dan kemusnahan ekonomi yang sampai sekarang masih belum pulih.

“Armada Bersatu Malaysia (ARMADA) menggesa kerajaan memantau perkembangan COVID-19 yang amat teruk di China seperti yang dilaporkan oleh media-media antarabangsa.

“Ia mengimbau kejadian serupa di China pada awal 2020 serta kesan buruk pada kesihatan dan ekonomi dunia termasuk Malaysia.

“Tindakan tangkas dan tegas perlu segera diambil bagi mengelak penularan yang berlaku diluar jangka seperti mana yang telah berlaku pada 2020 yang lalu khususnya melibatkan pergerakan keluar-masuk manusia di semua pintu masuk sempadan negara,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, negara-negara lain sudah mula mengambil tindakan pencegahan.

“Misalnya, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengarahkan jumlah penerbangan dihadkan kepada empat buah lapangan terbang utama dengan pelancong dari negara berisiko wajib menunjukkan keputusan sebelum dibenarkan masuk.

“Amerika Syarikat pula sedang dalam proses menyekat kemasukan pelancong dari China atas sebab kesihatan awam.

Advertisements

“Turki pula mewajibkan pelancong dari China untuk mengambil ujian COVID-19 sebelum berlepas. Sementara, United Kingdom dan Perancis memantau sampel COVID-19 secara rawak terhadap penumpang yang datang dari negara berisiko,” katanya.

Beliau berkata, menurut data yang dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui portal “KKM NOW”, Malaysia mencatatkan tujuh kes import baru, 576 kes tempatan, 5,026,125 jumlah jangkitan dengan 627 mangsa dimasukkan ke hospital, 32 orang mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 16 orang memerlukan bantuan pernafasan.

“Pihak ARMADA menyokong tindakan KKM untuk memperkukuh langkah-langkah dalam berhadapan dengan lonjakan kes COVID ini termasuklah mengasingkan dan menguji penumpang yang bergejala, melakukan pemeriksaan rawak air kumbahan pesawat dan melakukan ujian RTK dan PCR kepada penumpang yang positif.

“Namun pihak ARMADA yakin bahawa tindakan tersebut tidak mencukupi. Kami mahu tindakan pencegahan yang lebih ketat.

“Pihak kerajaan mesti menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu sehinggalah kes harian di China menurun.

“Ini selari dengan gesaan Presiden Persatuan Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis kerana kita mesti mengambil pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua COVID-19 yang meranapkan industri pelancongan negara,” katanya.

Ujar beliau, ARMADA mahu kepentingan rakyat diutamakan berbanding hal-hal lain dalam soal ancaman COVID-19 yang terbaru kini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan