30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sebulan sembunyi lepas ugut polis, peniaga akhirnya ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan ugutan kepada pegawai dan anggota polis, bulan lalu.

Suspek berusia 53 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun jam 12.30 tengah hari tadi.

Majistret Noradila Ab Latif membenarkan suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek dikatakan membuat ugutan terhadap pegawai dan anggota polis sejak sebulan lalu.

Menurutnya, suspek sebelum itu dikatakan menyembunyikan diri selepas mengetahui diburu polis.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan di Bangi, Selangor, kira-kira jam 12 tengah malam tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

“Pagi ini kita bawa suspek ke Mahkamah Dungun bagi permohonan reman selama empat hari,” katanya.

Baharuddin berkata, kes suspek yang juga seorang peniaga itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Selepas sebulan usaha mengesan suspek dilakukan, polis berjaya menahan suspek hasil daripada risikan yang dilakukan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan