29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Wisma Jakel Shah Alam terbakar lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GEDUNG terkemuka perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 terbakar lagi dalam kejadian awal pagi ini.

Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30×40 kaki persegi di tingkat tiga.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 12.40 tengah malam tadi.

“Seramai 43 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Advertisements

“Setiba dilokasi, didapati api marak bagaimanapun api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 1.45 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.

Jentera bomba tiba dilokasi kejadian awal pagi tadi.

“Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.Menurut Norazam, kerja-kerja ‘overhaul’ turut dilakukan pihaknya untuk memastikan api padam sepenuhnya,”katanya.

Ahad lepas, kejadian sama berlaku melibatkan premis dan bangunan sama dan dilaporkan terbakar 80 peratus yang memusnahkan bahagian dalam bangunan.

Susulan pelbagai spekulasi yang timbul, polis turut mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sewenang-wenangnya agar menghormati pihak yang mengalami kerugian serta yang hilang sumber pendapatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan