Tuesday, June 16, 2026

Ford Ranger terbabas masuk ke dalam longkang dan terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda terbabas dalam longkang sebelum terbakar di di Persiaran Hulu Selangor, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor pada awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bilik gerakan operasi negeri menerima panggilan mengenai insiden tersebut jam 3.45 pagi ini.

“Bertindak atas panggilan itu, sepasukan anggota dan jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger telah terbabas ke dalam longkang,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan dipercayai gagal dikawal lalu terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian terus melakukan kerja-kerja pemadaman pada kenderaan dan api dapat dikawal sepenuhnya.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta itu dikenalpasti sebagai lelaki tempatan berusia 48 tahun berbangsa Cina dan telah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum anggota tiba ke lokasi.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa telah terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan