24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Abai anak tanpa pengawasan: Ibu bapa boleh kena tindakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IBU bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian.

“Kes ini sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sehubungan dengan itu, saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak.

“Jiran tetangga serta komuniti setempat juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau amat dukacita apabila mengetahui tentang kes kebakaran melibatkan dua kanak-kanak berumur 7 dan 10 tahun.

Advertisements

Dalam pada itu Nancy memaklumkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyalurkan bantuan awal barangan keperluan bencana selain sedang mengenal pasti bantuan bersesuaian untuk diberi kepada mangsa terlibat.

Selain itu beliau turut memaklumkan, pusat pemindahan sementara juga telah dibuka di Balai Raya Kampung Simpang 3, Gombak.

Dalam kejadian itu, mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemukan rentung dalam kejadian itu.

Sebelum ini Edisi 9 melaporkan, dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak pada Isnin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan