25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

KKM komited tangani isu beban kekurangan zat makanan

KKM akan terus memperkukuhkan keselamatan makanan dan pemakanan melalui Dasar Pemakanan Nasional Malaysia (NNPM) 2.0.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk menangani isu beban kekurangan zat makanan dan mengurangkan penyakit tidak berjangkit yang berkaitan dengan diet (NCD).

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, di samping itu, KKM akan terus memperkukuhkan keselamatan makanan dan pemakanan melalui dasar seperti Dasar Pemakanan Nasional Malaysia (NNPM) 2.0.

Komitmen itu dinyatakan beliau kepada wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Rabi Abeyasinghe, yang juga Ketua Pejabat Negara WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura yang melakukan kunjungan hormat terdapanya.

KKM katanya, sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu kesihatan global.

“Pada masa yang sama turut memperjuangkan isu-isu seperti larangan merokok di kalangan generasi muda melalui program Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui pelbagai program berasaskan komuniti, “katanya.

Menurutnya, dalam pertemuan itu semalam, mereka membincangkan tentang kerjasama meluas WHO dengan Malaysia yang terjalin selama ini, dan untuk meneruskannya dalam meningkatkan reformasi kesihatan di Malaysia.

Advertisements

Dr Zaliha berkata, Malaysia turut mengambil bahagian dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif (EB) WHO ke-152 sebagai Naib Pengerusi Pertama yang bersidang dari 30 Januari hingga 7 Februari, 2023, di Geneva, Switzerland.

“Malaysia akan mencadangkan draf resolusi mengenai Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan yang Lebih Baik yang menandakan hasrat Malaysia untuk berada di barisan hadapan dalam seni bina kesihatan global.

Selain itu, Dr Zaliha berkata, KKM turut memfokuskan usaha pembangunan Kertas Putih Kesihatan (HWP) yang dibangunkan secara terbuka.

“Kertas Putih berkenaan akan menjadi dokumen dasar kerajaan yang menggariskan cabaran terbesar sistem kesihatan Malaysia serta cadangan penyelesaian kepada cabaran tersebut bagi memperkukuhkan kualiti dan kemampanan sistem kesihatan,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah (Bahagian Perancangan) Dr Rozita Halina Tun Hussein.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan