Thursday, June 4, 2026

Banyak peluang, potensi baharu boleh diterokai MARA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya banyak peluang dan potensi baharu yang boleh diterokai MARA.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi meneruskan usaha sebagai agensi membangunkan sosio ekonomi masyarakat Bumiputera.

“Saya percaya banyak perkara yang telah dilakukan oleh MARA bagi membantu rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir sesi taklimat bersama pengurusan MARA di Kuala Lumpur.

Menurutnya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, banyak perkara yang dibincangkan dan diperhalusi dalam pertemuan bersama pihak pengurusan MARA.

“Ini bagi memberi nilai tambah terhadap usaha dalam menerajui bidang seperti keusahawanan, pendidikan, korporat dan pelaburan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan