29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Makmal Satelit Forensik Geospatial perluas pembangunan siasatan jenayah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG) UTM-PDRM dalam usaha untuk memperluaskan penyelidikan serta pembangunan dalam bidang siasatan jenayah negara.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, makmal satelit yang ditempatkan di Fakulti Alam Bina dan Ukur dirasmikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di sini, semalam.

Menurutnya, jalinan kerjasama itu dapat mewujudkan ruang kondusif bagi warga akademik serta penyelidik UTM, PDRM dan industri bagi menjalankan aktiviti penyelidikan, penerbitan, perundingan, perkongsian kepakaran melalui perpindahan teknologi, kursus profesional dan khidmat inovasi.

“Makmal satelit ini bertumpu kepada aplikasi teknologi Geospatial seperti ‘Terrestrial Laser Scanning’ (TLS), ‘Airborne LiDAR’, ‘Unmanned Aerial Vehicle’ (UAV), Photogrammetry’, ‘Geographical Information System’ (GIS), ‘Augmented Reality’ (AR) dan ‘Virtual Reality’ (VR) ke dalam bidang forensik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penubuhan MSFG UTM-PDRM juga adalah sejajar dengan UTM enVision 2025 berdasarkan tiga teras strategik.

Tiga teras strategik itu katanya meliputi penghasilan bakat holistik bertaraf dunia untuk memperluas bidang pendidikan dan penyelidikan, pengembangan institusi menerusi kebitaraan yang unik dan khusus untuk kelestarian masa panjang serta transformasi pengalaman hidup menerusi pemerkasaan ilmu pengetahuan dan kepercayaan.

Advertisements

Sementara itu, Acryl Sani berkata, kerjasama strategik itu mampu meningkatkan usaha PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah untuk memperkemaskan lagi siasatan dalam bidang forensik.

“Ia sekali gus dapat menyumbang kepada dapatan ilmiah yang akan memberi manfaat kepada semua pihak,” kata beliau yang juga alumni UTM dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Beliau yakin MSFG UTM-PDRM mempunyai potensi besar sebagai platform rujukan forensik geospatial yang amat berguna kepada warga PDRM amnya dan Bahagian D10 Forensik JSJ khasnya

.“Saya yakin, kerjasama strategik ini mampu mempertingkat usaha PDRM khususnya pihak JSJ, dalam memperkemaskan lagi siasatan dalam bidang forensik, seterusnya menyumbang kepada dapatan ilmiah yang akan memberi manfaat kepada semua pihak” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Raih dua anugerah: Denco yakin teroka pasaran antarabangsa

KUMPULAN Denco, pengeluar komponen automotif tempatan merancang untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi mengukuhkan lagi kedudukannnya di rantau ini. Keyakinan itu...

Lagi Artikel Berkaitan