25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

3 pekerja taska ditahan disyaki dera bayi sampai koma

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA pekerja sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), di Kuala Terengganu, Terengganu ditahan selepas dipercayai terbabit mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma di taska berkenaan, Rabu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata tiga suspek terbabit wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan yang terletak di Batu Buruk, di sini, petang semalam.

Menurutnya, tangkapan terhadap semua suspek terbabit dibuat selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa berusia 29 tahun di IPD Kuala Terengganu pada Rabu lalu.

“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai pegawai perbuatan mendapati, berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.

“Susulan itu, tiga suspek terbabit ketika dipanggil memberi keterangan menafikan kejadian itu selain keterangan mereka meragukan.

“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.

“Kesan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala,” katanya selepas ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan PDRM Terengganu Januari 2023 di Pekarangan IPK Terengganu, hari ini.

Ujar beliau lagi, kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma dan dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut beliau, kesemua suspek terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan