25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Kelindan maut, pemandu treler parah nahas di Lebuhraya Karak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kelindan maut manakala pemandu treler cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar konkrit penghadang jalan di selekoh kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak menghala Bentong, Pahang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa, V Shunmugam, 69, meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, hasil siasatan mendapati treler yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun telah mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di kawasan Bukit Tinggi.

“Ia menyebabkan treler itu terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan cedera parah di bahagian kepala dan tangan telah dihantar ke Hospital Bentong, namun meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Zaiham berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan