29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sultan Johor titah jangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memberi perhatian dalam pemilihan Tok Batin dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Baginda bertitah, masyarakat Orang Asli bukannya golongan terpinggir, sebaliknya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa memastikan golongan berkenaan terus membangun dan maju.

“Pada masa sama, JAKOA juga perlu lebih sentiasa peka khususnya berkaitan pentadbiran penempatan atau perkampungan masyarakat Orang Asli di mana Tok Batin atau penghulu turut memainkan peranan penting.

“Selain pembangunan masyarakat disesuatu perkampungan menjadi keutamaan, pada masa sama JAKOA juga perlu memberi perhatian dalam pemilihan Tok Batin. Ia (pemilihan) perlu dipastikan dalam kalangan suku kaum, bukannya orang luar.

“Tok Batin yang dipilih juga perlu tahu fungsi serta peranan mereka. Pada masa sama, jangan ada pihak mengambil kesempatan dengan menghasut masyarakat Orang Asli,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian semasa mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan wakil daripada JAKOA Johor serta JAKOA Daerah Johor Bahru.

Baginda bertitah, masyarakat berbilang kaum yang hidup bersatu-padu menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor selama ini.

“Atas sebab itulah, perlunya peraturan-peraturan tertentu bagi mengawal keharmonian dan kesejahteraan ini, termasuk berkaitan pembinaan rumah-rumah ibadat.

“Saya menyeru semua rakyat mematuhi peraturan-peraturan ini demi kesejahteraan sejagat,” titah Baginda.

Baginda juga bertitah, menasihatkan masyarakat Orang Asli sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan penempatan masing-masing bertujuan memastikan aspek kesihatan sentiasa terjaga.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan