24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kastam Sabah rampas lebih 6 kg dadah bernilai RM200,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki dan merampas 6.156 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM221,616 di pusat penyerahan dan penerimaan bungkusan pos di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman berkata, pemeriksaan menerusi mesin pengimbas JKDM di Pos Aviation Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 30 Dis lepas menemukan tiga bungkusan yang meragukan disyaki mengandungi dadah.

“Setelah intipan dilakukan selama beberapa hari pada 3 Jan lepas, kira-kira pukul 12.35 tengah hari, pasukan serbuan telah menahan dua suspek lelaki yang mahu menuntut salah satu daripada bungkusan berkenaan di pusat penyerahan dan penerimaan bungkusan pos Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan berkenaan telah menemui dadah dipercayai jenis methamphetamine dengan berat kasar 3.085 kilogram dengan nilai pasaran bagi dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM 111,060,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, dua lelaki masing-masing berumur 28 dan 30 tahun itu telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

Mohd Nasir berkata, pemeriksaan terhadap dua lagi bungkusan mencurigakan yang belum dituntut menemukan 3.071 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM110,556.

“Kini kita sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya dan kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan