25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

DBKL ‘sekolahkan’ kontraktor turap jalan waktu puncak

Kontraktor berkenaan tidak mengikut waktu kerja yang ditetapkan pihak berkuasa sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Travels, Bangsar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIAPA yang tak marah, kalau trafik sesak pada waktu puncak dan ditambah pula kontraktor buat jalan.

Begitulah keadaan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Jalan Travers, Bangsar hari ini berpunca daripada kerja-kerja penurapan jalan yang dilakukan ketika waktu puncak oleh kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan memohon maaf kepada pengguna orang ramai di atas kesulitan yang berlaku.

Katanya, kontraktor terbabit akan dipanggil untuk ‘disekolahkan’ kerana tidak mengikut waktu kerja yang ditetapkan pihak berkuasa.

Malah, disebabkan sikap tidak mahu mengikuti undang-undang, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

“Tahu la mahu cepat… tapi waktu bekerja langsung tidak fikir orang lain walaupun sudah dimaklumkan waktu kerja yang sepatutnya,

”Jadi jangan ingat anda sahaja yang marah, orang DBKL pun marah juga, pasti kontraktor yang terlibat kena panggil dengan pegawai DBKL yang berkenaan, kena ‘sekolahkan’ sikit,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan situasi kesesakan di sebatang jalan raya berpunca daripada kerja penurapan jalan.

Perakam video tersebut telah mempersoalkan waktu kerja penurapan itu yang dilakukan ketika waktu sibuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dalam pada itu, hantaran berkenaan mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet.

Ada yang menyokong teguran tersebut, dan tidak kurang pula ada yang menyelitkan masalah-masalah berkaitan yang mahukan DBKL mengambil perhatian segera.

“Buat ler time malam, bukan time puncak..kontraktor ni pun, ghairah lain macam pulak…betul tu, sekolah kan sikit dema ni. Dalam masa yang sama perlu ada orang DBKL sendiri yang turut memantau kerja-kerja kontraktor ni di kawsan tersebut,”kata Mastura Abidin.

Nazreen Faiz pula berkata, dari segi peraturan undang-undang dia mungkin salah.

“Tapi dari teknikalnya memang sepatut kerja turapan buat tengahari panas. Kalau buat malam kuari dah tutup pukul 5 petang. Boleh beli awal dan simpan dalam lori tapi kualiti dah tak fresh sebab nak jalan kerja pukul 10 malam,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan