32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

COO antara dua ditahan bersubahat buat tuntutan palsu

Tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara bernilai RM389 juta.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA individu termasuk seorang bergelar Ketua Pegawai Operasi (COO) di sebuah syarikat pembinaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat sejumlah tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara bernilai RM389 juta.

SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kedua-dua inidvidu yang masing-masing berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Cyberjaya.

Sumber berkata, selain COO terbabit, seorang lagi merupakan konsultan syarikat pembinaan warga United Kingdom.

Advertisements

“Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat membantu syarikat pembinaan itu mengemukakan sejumlah tuntutan palsu kepada sebuah syarikat pelaburan,” kata SPRM.

Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 16 Januari ini susulan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan