26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Bekas anggota polis dipenjara 2 tahun tertembak rakan setugas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi Sibu, Sarawak hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian rakan sekerjanya Mei 2021.

Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Nur Alif Mazlan, 27, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Mei 2021.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Nur Alif didakwa menyebabkan kematian ke atas Norhalim Tumiran, 25, antara pukul 5.45 petang hingga 6.30 petang pada 6 Mei 2021 di rumah sewanya di Permai.

Mangsa ditemui mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan.

Norhalim yang berasal dari Pahang merupakan rekrut baharu yang baru dipindahkan ke Unit Rondaan Bermotosikal Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti selama kira-kira sebulan ketika kejadian.

Baca juga:   Warga SK Bakong bakal nikmati sekolah baharu lebih baik - Radzi

Tertuduh diwakili peguam bela Ranbir S. Sangha manakala pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto.

Seramai 17 saksi telah memberi keterangan semasa perbicaraan kes itu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan