31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 warga Malaysia mangsa penipuan pekerjaan, diselamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada hari ini.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 33 tahun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mereka kemudiannya telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand dan PDRM yang telah bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam membantu menyelamatkan mangsa sindiket jenayah ini,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut sehingga semalam, Kementerian telah menerima sebanyak 519 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah sindiket penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

“Daripada bilangan itu, seramai 373 orang telah berjaya diselamatkan dengan 346 orang dibawa pulang ke Malaysia dan 27 lagi masih berada dalam depoh tahanan,” katanya.

Ujar kenyataan itu, kementerian melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terlibat bersama dengan PDRM akan terus melipatgandakan usaha bagi menyelamatkan baki 146 orang mangsa sindiket jenayah ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan